Salam Mei 2015

Salam Mei 2015
May 10 22:23 2015 Print This Article

Assalamualaikum, dan Salam 2015.

Pejam celik, dah genap tiga tahun semenjak nukilan terakhir saya di CekikDarah.com bertajuk The iPhone 4 Saga. Banyak perubahan telah berlaku; CekikDarah kini dikenali sebagai RinggitKini, dan ini adalah post pertama saya dalam Bahasa Melayu….

1mdb

Hahaha, mungkin agak kekok menulis dalam Bahasa Melayu, tetapi setelah tujuh tahun bersama iMyn dan Jimi mengusahakan laman web ini, kami telah memutuskan untuk meneruskan penulisan dalam Bahasa Melayu pula. Kepada para pembaca yang telah mengikuti laman kami dari penubuhannya, kami di RinggitKini akan terus-menerus membuat perubahan dan penambahbaikan, biar dari segi tampilan (look and feel) ataupun kandungan laman (content).

Sebaik mungkin, saya akan berusaha untuk menulis menggunakan bahasa yang tertib dan mengurangkan istilah-istilah rojak dan pasar. Falsafah ini adalah selaras dengan tujuang untuk mengemukakan pandangan yang separa-formal terkait isu-isu kewangan dan semasa, yang pada pendapat kami wajar diutarakan di RinggitKini.

Beberapa isu hangat berkaitan kewangan yang menjadi bualan rakan-rakan sekeliling termasuklah:

  1. Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST)
  2. Status kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)
  3. Pembelian lot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji.

Dalam beberapa hari lagi, kami di RinggitKini akan berkongsi pendapat kami sebagai rakyat Malaysia yang sedikit sebanyak terkesan dengan isu-isu tersebut, selain mengutarakan beberapa kandungan lain yang mungkin berfaedah untuk rakan-rakan pengunjung.

Nantikan kemunculan semula Ken di RinggitKini

 

  Article "tagged" as:
  Categories:
view more articles

About Article Author

Ken
Ken

Despite his interest in businesses and investments, Ken decided to undertake the E quadrant challenge to learn about the real world. Ken is passionate about personal finances, and have had extensive experience in dealing with multiple financial institutions in Malaysia and South East Asia. When he is not too busy planning for world domination, Ken enjoys watching and playing basketball. Eating is also a favourite past-time of his.

View More Articles
write a comment

0 Comments

No Comments Yet!

You can be the one to start a conversation.

Add a Comment

Your data will be safe! Your e-mail address will not be published. Also other data will not be shared with third person.
All fields are required.