Terdapat 2 jenis storan yang digunapakai dalam sesebuah komputer, yang pertama adalah storan “volatile” dan “non-volatile”. Storan volatile menyimpan data untuk sementara waktu dan data yang disimpannya akan hilang sekiranya komputer ditutup. Storan non-volatile pula menyimpan data untuk jangkamasa panjang dan datanya tidak akan terpadam selagi penggunanya tidak memadam data tersebut atau perkakasan storan tersebut rosak.
Kali ini kta akan membincangkan mengenai storan Non-volatile. Bagi pengguna umum, dua jenis perkakasan storan yang ada dipasaran adalah Hard Disk Drive (HDD) dan Solid State Drive (SSD).
Hard Disk Drive (HDD)
Hard Disk Drive menyimpan data pada cakera magetiknya. Data dibaca dan ditulis pada cakera ini menggunakan kepala pembaca/penulis padanya. Dalam proses menulis data, cakera magnetik berputar dan kepala penulis akan mengubah polar-polar magnetik kecil pada cakera tersebut bagi membentuk bit 1 dan 0 yang merupakan representasi data dalam bentuk binari. Perkara sama berlaku semasa proses bacaan tetapi kepala pembaca akan membaca data pada cakera magnetik.
Namun kebanyakan pengguna komputer masa kini sudah mula beralih dari HDD kepada SSD sebagai peranti storan utama mereka. Sebab utama adalah kerana kelajuan baca dan tulis SSD jauh lebih pantas berbanding HDD. Kelajuan membaca data HDD biasanya mencapai 100 – 150MB/s, bergantung kepada jumlah cache yang ada padanya dan kelajuan putaran cakeranya dalam RPM. Model dengan kelajuan 5000 dan 7200RPM.
Namun masih ramai lagi menggunakan HDD sebagai peranti storan kerana harganya per gigabait lebih mampu milik berbanding SSD. Ia juga lebih tahan lama berbanding SSD, selagi peranti tersebut dijaga dengan baik. Rata-rata jika dijaga dengan baik ia boleh digunakan lebih 10 tahun dengan mudah, tanpa sebarang tanda ia akan rosak.
Kami merekomen anda membeli dan menggunakan HDD hanya untuk menyimpan data dalam kuantiti banyak di mana data itu tidaklah diakses secara kerap. Contohnya untuk simpan dokumen-dokumen, gambar-gambar, fail-fail video dan sebagainya. Elakkan menggunakannya sebagai peranti untuk OS.
Contoh pemacu HDD bersaiz besar –
Solid State Drive (SSD)
Kelebihan utama SSD berbanding HDD adalah kepantasannya membaca dan menulis data, serta ketahanannya kepada gegaran akibat persekitaran yang buruk. Jika HDD mempunyai kadar pindahan data 100-150MB/s, SSD pula mempunyai kadar pindahan data dari sekitar 500MB/s hingga 8000MB/s bergantung kepada penggunaan protokol SATA, NVMe versi 3.0 atau 4.0.
Berlainan dari HDD, SSD menggunakan sel-sel NAND Flash untuk menyimpan data. Sel NAND Flash ini terdiri dari “floating gate transistors” yang menimpan data dalam bit samada 0 atau 1. 0 bermakna ia sedang menyimpan data dan 1 bermakna ia tidak menyimpan data.
Terdapat 4 jenis storan utama NAND Flash ini iaitu SLC, MLC, TLC dan QLC. SLC bermaksud Single Level Cell, seterusnya MLC adalah Multi LC, T adalah Triple LC dan Q ialah Quad LC. Ia merujuk kepada bilangan bit yang boleh disimpan dalam satu sel NAND. SLC boleh menyimpan 1 bit manakala MLC, TLC dan QLC masing-masing boleh menyimpan 2, 3 dan 4.
Kebolehan menyimpan lebih banyak bit per sel NAND menurunkan harga per GB sesebuah SSD itu. Ini bermakna SSD berasaskan sel NAND QLC lebih murah berbanding SSD berasaskan SLC. Namun secara umumnya semakin banyak bit disimpan dalam satu sel NAND, semakin berkurangan prestasi dan ketahnanannya. Bermakna NAND SLC adalah lebih pantas dengan mempunyai kadar “latancy” (lengah) yang lebih baik berbanding QLC.
Namun kelemahan SSD pula ialah ia ia mempunyai jangka hayatnya yang tertentu. Setiap sel NAND hanya boleh ditulis dan dipadam sejumlah kali sebelum ia rosak. Untuk mengetahui jumlah kali maksimum sesebuah SSD boleh ditulis, ia dikira dalam unit TBW atau “TeraBytes Written”. SSD jenis SLC biasanya mempunyai jumlah TBW yang paling tinggi manakala QLC biasanya mempunyai jumlah TWB paling rendah. Peranti berkapasiti rendah juga mempunyai TBW yang lebih rendah berbanding kapasiti lebih tinggi. Biasanya jumlah TWB ini akan ditulis bersama spesifikasi SSD di kotaknya.
Secara fizikal juga SSD didatangkan dalam dua bentuk berbeza iaitu jenis pemacu 2.5 inci SATA dan jenis M.2 SATA/ NVME 3.0 atau 4.0. Jenis M.2 biasanya digunakan untuk menaiktaraf komputer lama manakala jenis M.2 memerlukan port khas M.2 pada papan induk komputer dan biasanya terdapat sekurang-kurangnya 1 port ini dalam papan induk terkini.
Contoh pemacu SSD 2.5 inci SATA – https://invol.co/clgcxcb , https://invol.co/clgcxbx atau https://invol.co/clgcxc2
Contoh pemacu SSD M.2 SATA – https://invol.co/clgcxcv , https://invol.co/clgcxd6
SSD NVMe 3.0 – https://invol.co/clgcxdb , https://invol.co/clgcxdg dan https://invol.co/clgcxdr
SSD NVME 4.0 – https://invol.co/clgcxey , https://invol.co/clgcxf7 dan https://invol.co/clgcxfi
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, Pro dan Cons HDD berbanding SSD dinyatakan dalam jadual di bawah.
SDD | HDD | |
Kelajuan | Lebih Pantas | Lebih Perlahan |
Harga per GB | Lebih Mahal (tetapi semakin murah) | Lebih Murah |
Teknologi | Bukan Mekanikal (NAND flash) | Mekanikal (terdapat komponen bergerak) |
Ketahanan | Tahan gegaran | Kurang tahan gegaran |
Jangka Hayat Peranti | Secara reletif Lebih Pendek | Lebih Lama |
Rekomendasi | Sesuai menyimpan data yang kerap diakses secara berterusan seperti program / app. | Sesuai untuk data yang tidak kerap diakses seperti dokumen, imej, video dan sebagainya. |