Reset 2021

Salam kepada semua. iMyn di sini. Sudah lama laman web Cekikdarah.com telah ditinggalkan sehingga telah berhabuk dan bersawang merata-rata. Sebenarnya sehingga kali terakhir post telah dibuat pada tahun 2015, kami tidak berjaya mendapatkan komitmen dari ahli pasukan kami, termasuk saya sendiri untuk terus menulis untuk laman web ini. Tambahan pula, laman web ini hanya dijalankan secara sukarela tanpa sokongan kewangan dari penaja, jadi ia agak sukar untuk kami memberikan perhatian kepada menulis tanpa sebarang pendapatan.

Namun melihat ke hadapan memandangkan negara sedang mengalami pandemik Covid-19 dan menjalani PKP 2.0, kami di Cekikdarah.com ingin mencuba semula menghidupkan laman ini memandangkan kami terdapat sedikit masa terluang berbanding dahulu.

Untuk anda yang pernah mengikuti laman web kami sebelum ini, tentu anda sedari kami telah bertukar menggunakan Bahasa Melayu, berbanding dahulu kami menggunakan Bahasa Inggeris. Ini kerana kami ingin lebih menyasarkan pembaca berbahasa Melayu kerana bilangan pengguna Bahasa Melayu lebih besar dan kerana itu, kami boleh menyampaikan mesej kepada lebih ramai pembaca. Anda boleh membaca post lama kami dalam bahasa Inggeris, tetapi kami merancang untuk mengarkibkan post-post terdahulu dalam masa terdekat, bermakna anda tidak lagi akan dapat membacanya.

Buat masa kini kami akan cuba membuat post berkala yang lebih padat dan praktikal. Kemudian setelah itu kami akan lihat perkembangan laman ini dan berubah mengikut keperluan.

Diharap anda akan mengambil masa untuk melawat laman web kami secara berkala dan melanggani laman FB kami yang akan dinaikkan dalam masa terdekat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *