Akhir-akhir ini terdapat pelbagai aplikasi kewangan di telefon pintar telah diperkenalkan untuk kegunaan orang ramai. Selain aplikasi e-wallet, satu lagi aplikasi yang popular di kalangan pengguna adalah aplikasi pelaburan mikro. Hari ini kami ingin membuat review perbandingan antara dua aplikasi pelaburan popular iaitu Raiz dan Wahed Investment.
Pengenalan
Kedua-dua aplikasi Raiz dan Wahed adalah aplikasi yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan menawarkan pelaburan mikro patuh syariah. App Raiz diuruskan Raiz Malaysia Sdn Bhd, manakala App Wahed diuruskan Wahed Technologies Sdn Bhd namun kedua-dua syarikat ini mempunyai kerjasama penasihat pelaburan antarabangsa atau syarikat pelaburan antarabangsa di mana Raiz telah bekerjasama dengan PNB dalam urusan pelaburan. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai mereka boleh ke laman web syarikat masing-masing: Raiz dan Wahed.
Kedua-dua aplikasi ini membolehkan pengguna membuat pelaburan micro ke dalam unit amanah dengan modal permulaan RM10 untuk Raiz dan RM100 untuk Wahed.
Konsep Pelaburan
Kedua-dua aplikasi ini mempunyai konsep pelaburan yang serupa tapi tidak sama.
Raiz:
aplikasi ini membolehkan pengguna melabur dengan modal permulaan yang sangat rendah dan boleh melabur dengan 3 cara:
- Melaburkan wang secara one-off atau sekali masuk
- Menetapkan untuk memasukkan wang secara berkala samada setiap hari, minggu, dua minggu atau bulan
- Membundarkan perbelanjaan kad bank dan memasukkan baki ke dalam akaun pelaburan. Sebagai contoh, anda membeli roti pada harga RM 3.40 menggunakan kad bank anda. Aplikasi ini akan caj RM4 ke atas kad bank anda dan memasukkan baki RM0.60 ke dalam akaun pelaburan anda.
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu menghubungkan akaun bank Maybank dan kad debit Maybank anda kepada akaun Raiz. Setakat saya menggunakan aplikasi ini, ia hanya menerima akaun Maybank, tetapi saya difahamkan ia akan menyokong penggunaan akaun bank lain tidak lama lagi. Namun, sebagai langkah keselamatan anda tidak boleh mengubah sewenang-wenangnya akaun bank anda kepada akaun lain tanpa menghubungi pihak Raiz Support.
Wahed:
Aplikasi Wahed sedikit berbeza dengan Raiz. Anda tidak perlu menghubungkan akaun bank anda untuk membuat pelaburan melainkan jika anda ingin membuat pelaburan berkala samada setiap hari, minggu atau bulan. Segala penambahan pelaburan secara one-off dibuat menggunakan FPX manakala pelaburan berkala dibuat melalui direct debit. Wahed tidak menyokong pelaburan secara membudarkan perbelanjaan menggunakan kad debit. Walaubagaimanapun, anda masih perlu menghubungkan akaun bank untuk membuat pengeluaran wang pelaburan.
Pasaran Pelaburan
Terdapat perbezaan berkenaan di mana kedua aplikasi membuat pelaburan mereka. Raiz dengan kerjasamanya dengan PNB melaburkan wang pengguna di akaun pelaburan milik PNB manakala Waheed dengan kerjasama organisasi antarabangsanya melaburkan wang pengguna di pasaran Malaysia dan Amerika. Ia memberikan anda satu portfolio yang lebih meluas dan global. Anda akan dapat lihat perbezaannya dalam segmen ROAD TEST sebentar lagi.
Tetapi aplikasi Waheed mempunyai kelebihan berbanding Raiz di mana anda boleh membuka lebih dari satu akaun pelaburan dengan portfolio berbeza, jadi, katakan anda mempunyai beberapa sasaran pelaburan berbeza seperti pelaburan jangka panjang, pelaburan untuk membeli rumah dan sebagainya, anda boleh membuat akaun pelaburan berbeza untuk setiap satu sasaran tersebut. Ia membolehkan anda memamantau setiap sasaran secara individu.
ROAD TEST
Bagi memperlihatkan perbezaan di antara dua aplikasi ini, saya telah memulakan satu “ROAD TEST” bagi menguji penggunaan dua aplikasi pelaburan ini.
Untuk itu, saya telah membuka 3 akaun pelaburan, dua akaun Waheed dan satu akaun Raiz (Raiz sememangnya hanya boleh membuka 1 akaun pelaburan). Saya memasukan masing-masing RM1000 dalam satu akaun Waheed dan akaun Raiz pada hari yang sama. Kedua-dua akaun ini diletakkan pada tahap risiko “moderate” atau sederhana.
Kemudian, pada hari yang sama juga, untuk tujuan pengujian lanjut, saya memasukkan RM370 hasil dari pendapatan Google yang baru diperolehi baru-baru ini ke dalam satu akaun berasingan di Waheed dengan tahap risiko “Agressive”. Ini hanya untuk menunjukkan perbezaan antara portfolio Moderate dan Agressive.
Kemudian, saya akan membiarkan akaun-akaun ini selama sekurang-kurangnya 3 bulan dan akan memantau hasilnya dari masa ke semasa. Saya juga akan mengulas serta menyimpulakan dapatan ini dan ia diharapkan akan membantu anda membuat keputusan aplikasi mana yang anda ingin gunakan.
Aplikasi Waheed


Aplikasi Waheed mempunyai soal selidik sebelum anda membuka sesuatu akaun. Ini membolehkan ia menentukan tahap toleransi risiko anda seterusnya membantu anda memilih portfolio pelaburan yang tepat untuk anda. Soal selidik ini tidak ada dalam aplikasi Raiz


Saya memasukkan RM1000 dan RM370, masing-masing dalam akaun berasingan dalam aplikasi Wahed ia mengambil masa 1-2 hari bekerja selepas anda membuat pembayaran untuk baki baru itu muncul di dalam akaun-akaun pelaburan tersebut. Kemudian 1-2 hari lagi diperlukan untuk syarikat Waheed membuat pengagihan pelaburan ke dalam instrumen kewangan yang ditetapkan. Dalam kes ini, akaun agressive hanya memerlukan 1 hari bekerja tambahan untuk mengagihkan pelaburan manakala akaun moderate mengambil masa 2 hari bekerja.


Aplikasi Waheed memaparkan dalam instrument apa wang anda dilaburkan dan berapa banyak dilaburkan dalam instrumen tersebut.
Waheed: 4 hari kemudian


Namun selang beberapa hari selepas pengaihan pelaburan, kedua-dua akaun mencatatkan susut nilai. Tetapi tidak perlu risau kerana pelaburan ini bukan hanya untuk 1-2 hari, sebaliknya ia jangka panjang. Nilainya akan naik semula. Jika anda menghadapi situasi sebegini, sebenarnya ia adalah satu peluang untuk menambahkan lagi pelaburan anda, jika anda mempunyai wang lebih.


Buat masa ini saya tidak risau mengenai kedudukan nilai kedua-dua akaun Wahed saya ini kerana mengikut pengalaman saya, ia akan meningkat. Sebelum ini saya pernah melabur sebelum ini dalam akaun Wahed di mana sejurus selepas membuat pelaburan, PKP telah dimulakan menjebabkan nilai pelaburan saya jatuh menjunam.
Namun, ia telah meningkat sepanjang PKP dan mencatatkan keuntungan sekitar 10% semasa saya mengeluarkan pelaburan tersebut penghujung tahun lepas.
Aplikasi Raiz
Walaupun saya telah lama menggunakan aplikasi Wahed, ini kali pertama saya menggunakan aplikasi Raiz. Bagi aplikasi Raiz ia mengambil masa 2 hari bekerja untuk wang yang dihantar dimasukkan ke akaun pelaburan, tetapi kerana strukturnya yang lebih mudah, ia akan terus dilaburkan dan tidak perlu masa tambahan untuk menunggu ia diagihkan kepada pelaburan tertentu.



Raiz tidak melaksanakan soal selidik kepada pengguna untuk menentukan tahap teleransi risiko pengguna, tetapi ia mempunyai 3 portfolio pelaburan dia mana anda boleh menukarkannya pada bila-bila masa. Conservative adalah pelaburan paling selamat tetapi kadar pertumbuhannya rendah, Agressive adalah pelaburan berisiko tetapi berpotensi untuk pertumbuhan yang tinggi dan moderate adalah di antara keduanya. Saya mengambil keputusan dari soal selidik dalam aplikasi Wahed dan memilih moderate.
Perhatikan perbezaan antara portfolio Agressive dengan Conservative di mana conservative melabur 20% kepada ASN Equity fund dan 80% kepada Sara Fund.
Perhatikan pula portfoilio agressive yang mempunyai peratusan pelaburan dalam fund yang sama tetapi pada peratusan yang terbalik. 80% kepada ASN Equity fund dan 20% kepada ASN Sara Fund.
Saya anggap Sara Fund adalah Fund yang melabur dalam instrumen yang lebih selamat seperti Sukuk dan Emas dan ASN Equity Fund pula, seperti dalam namanya, melabur dalam equity. Potensi untuk pertumbuhan nilai pelaburan banyak dipengaruhi oleh ASN Equity Fund tetapi ia juga boleh menyebabkan penyusutan nilai yang drastik.
Raiz: 4 hari kemudian


Pelaburan saya dalam Raiz nampaknya mencatatkan peningkatan walaupun baru satu hari saya memasukkan wang pelaburan. Tetapi menurun sedikit dua hari kemudian. Walaubagaimanapun, kita tidak dapat melihat instrumen mana dilaburkan dalam ASN Imbang Fund untuk mengetahui yang mana membawa keuntungan atau kerugian.
Kesimpulan Awal
Zahirnya pada awalnya pelaburan Raiz ini dilihat lebih menguntungkan, tetapi semuanya baru sahaja bermula dan sukar untuk mengetahui apa yang akan terjadi 3 bulan dari sekarang. Saya akan memantau dengan dekat nilai pelaburan akaun Raiz dan Wahed ini dan memberi “laporan” sekerap mungkin.
Pastikan anda kekal mengikuti laman web cekikdarah.com untuk mengetahui berita terbaharu.
Terima kasih atas maklumat. Tahniah. Sila hantar ulasan untuk berita terbaru