Selain membeli komputer baharu, anda boleh menjimatkan banyak wang dengan membeli komputer berjenama terpakai, lebih-lebih lagi jika anda sebuah organisasi yang memerlukan bilangan komputer yang banyak untuk menjalankan operasi dan bajet yang rendah untuk membelinya. Kali ini kita akan mendalami beberapa tips untuk membeli PC terpakai untuk organisasi mahupun rumah anda.

Tips Membeli PC Terpakai
Pertama sekali, tips ini disasarkan kepada organisasi atau individu yang mencari komputer untuk kegunaan umum seperti kerja pejabat, menaip surat atau dokumen, melayari internet, mesyuarat atas talian, menonton video dan sebagainya. Pendek kata, kerja-kerja ringan. Di sini kami menyediakan beberapa tips mudah untuk anda ikuti sebelum membeli PC terpakai.
- Jenama
Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan dalam sesebuah PC terpakai adalah jenamanya. Kami mengesyorkan anda mendapatkan komputer terpakai berjenama seperti dari Dell, HP atau Lenovo. Secara peribadi admin berpengalaman mengunakan PC berjenama Dell dan mendapati ia bukan sahaja tahan lama, malah mempunyai perisian yang memudahkan pengguna mencari perisian driver-driver secara automatik yang sanget memudahkan. Tambahan pula PC berjenama ini biasanya telah didatangkan dengan perisian OS asli. - Spesifikasi
Spesifikasi paling penting yang perlu dipertimbangkan semasa mendapatkan sebuah PC terpakai berjenama adalah generasi CPUnya. Jika anda hanya menggunakan PC tersebut untuk kerja-kerja ringan sahaja, tanpa kerja-kerja berkaitan grafik, PC dengan CPU Intel seawal generasi kedua Core i3 sudah memadai selagi ia didatangkan dengan SSD dan 8GB RAM minima. Harga PC sebegini sangat berpatutan dan sudah cukup untuk kegunaan ringan. Jika anda mahu membuat sedikit kerja-kerja berkaitan grafik dan video, kami nasihatkan anda mendapatkan PC dengan sekurang-kurangnya CPU Core i7 generasi ke 3 dan 16GB RAM. Jika anda mempunyai bajet lebih tinggi, dapatkan CPU Core i7 generasi yang lebih baru.
DELL OPTIPLEX 9020 SFF INTEL I3 I5 4th GEN : https://invl.me/clml8ho
DELL OPTIPLEX 3020 SFF INTEL 4th GEN FULL SET DENGAN MONITOR: https://invl.me/clml8hx
Walaubagaimanapun, bagi tujuan ketahanan PC di masa hadapan, adalah lebih baik jika PC yang anda pilih mempunyai minima CPU Intel Core generasi ke-8. Sebab kenapa kami mengesyorkan CPU Intel Core generasi ke 8 adalah kerana pemperoses itu adalah pemproses minima yang menyokong Windows 11. Sepertimana yang anda mungkin tahu, sokongan untuk Windows 10 akan berakhir penghujung tahun ini dan anda mungkin perlu membayar untuk sokongan berterusan. Walaupun terdapat cara untuk memasang Windows 11 pada PC yang lebih lama dari Intel Core generasi ke 8, (kami mungkin akan membuat tutorial di masa hadapan) adalah lebih selamat untuk memilih PC dengan CPU yang disokong.
DELL 3060 SFF i3 i5 i7 8th – 9th Generation: https://invl.me/clml8i8 - Aksesori tambahan
Dalam zaman moden ini, mesyuarat atau atas talian telah menjadi kelaziman dan sudah tentunya kamera menjadi keperluan penting untuk memastikan sidang atas talian anda lebih lancar. Tidak dilupakan sepasang headphone yang baik juga perlu untuk melengkapkan perkakasan anda.
Webcam Bajet : https://invl.me/clml8ie , https://invl.me/clml8im , https://invl.me/clml8io, https://invl.me/clml8is
Webcam Sederhana: https://invl.me/clml8ih , https://invl.me/clml8iw , https://invl.me/clml8iz
Webcam 4K : https://invl.me/clml8ii, https://invl.me/clml8j5 ,
Dengan itu, kami berharap anda dapat memanfaatkan tips ini dalam pembelian anda yang akan datang. Selamat mencuba!