Skip to content

Panduan Memilih Monitor PC

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis Monitor PC untuk bermacam-macam kegunaan di jual di pasaran. Ada jenis High Refresh Rate, 4K, HDR, 1440p, VA, IPS dan bermacam-macam lagi. Jadi bagaimanakah anda memilih monitor berdasarkan kegunaan anda?

Pertama sekali, untuk memilih monitor, anda perlu menentukan apakah kegunaan utama monitor anda kerana spesifikasi-spesifikasi berlainan akan memberi kelebihan dalam kegunaan-kegunaan tertentu. Kami permudahkan dengan membahagikan kepada 3 kegunaan utama:

  1. Gaming.
  2. Mengedit video dan foto.
  3. Kegunaan pejabat
Monitor PC

Gaming

Kebanyakan spesifikasi canggih dalam dunia monitor PC dibangunkan untuk sektor gaming. Dalam bidang ini, ada beberapa spesifikasi yang perlu anda perhatikan pada sesebuah monitor sebelum membelinya iaitu, jenis panel monitor, refresh rate, resolusi maksimum, dan mungkin juga HDR, walaupun ia kurang penting.

Terdapat dua jenis panel LED utama yang dijual di pasaran iaitu jenis VA (Vertical Alignment) dan IPS (In-Plane Switching). Terdapat satu lagi jenis iaitu TN (twisted nematic) tetapi kami tidak mengesyorkannya walaupun murah dan ia semakin kurang digunakan sekarang. Kedua-dua jenis skrin (VA dan IPS) ini dapat beroperasi pada kadar refresh rate yang tinggi, tetapi terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan untuk kedua-dua jenis panel ini, tetapi secara umum, ia boleh disimpulkan seperti di bawah:

IPSVA
HargaLebih mahalLebih Murah
Skrin rata atau melengkungLebih sesuai digunakan pada skrin rataBanyak digunakan dalam skrin melengkung
Sudut pandangBoleh mengekalkan keutuhan gambar pada sudut pandang yang tidak berserenjang dengan skrinGambar semakin pudar jika dipandang dari sudut tidak berserenjang dengan monitor
Ghosting (gambar kabur apabila memaparkan pergerakan dalam permainan)Kurang ada masalah ghosting Lebih cenderung kepada masalah ghosting
Ketepatan Warna% Warna yang lebih tepat% Warna kurang tepat berbanding IPS
KesesuaianPrestasi yang baik secara umum, termasuk gaming, mengedit video dan mempunyai sudut pandangan yang baik.Lebih sesuai untuk menonton video atau filem

Bagi pemilihan resolusi pula, ia bergantung kepada jenis kad grafik yang anda gunakan. Resolusi tinggi memerlukan kad grafik yang lebih berkuasa. Jika anda mempunyai kad grafik low end, monitor 1080p sudah cukup untuk anda. Resolusi ini juga sesuai jika anda seorang gamer kompetatif atau pemain eSukan, di mana anda pentingkan frame rate yang tinggi. Bagi sesetengah gamer, walaupun mempunyai kad grafik yang agak berkuasa, mereka lebih suka menggunakan setting yang rendah supaya mendapat frame rate yang tinggi bagi meningkatkan peluang kompetatif mereka.

Monitor
Monitor UltraWide pula boleh memperhebatkan pengalaman permainan video anda

Bagi mereka yang lebih gemar bermain permainan video kerana ingin menikmati mutu grafik yang cantik, lebih tinggi resolusi, lebih baik, selagi kad grafik anda menyokongnya. Walaubagaimanapun, resolusi 1440p atau QHD adalah satu kompromi antara resolusi, harga dan prestasi.

Jangan lupa juga untuk memilih monitor yang mempunyai refresh rate yang tinggi, jika boleh 144Hz ke atas untuk kelancaran gambar yang terbaik. Terdapat juga monitor 90Hz, namun jika anda bermain permainan kompetatif seperti CS:GO, terdapat perbezaan ketara antara kelancaran gambar pada 75Hz, 90Hz dan 144Hz. Perbezaan ketara sukar dikesan bagi kadar yang lebih tinggi dari 144Hz.

Tetapi, pertama kali anda melihat permainan video pada 144Hz, anda tidak mungkin akan berpaling kembali kepada 75Hz atau 60Hz, percayalah.

G-Sync dan FreeSync – Jika anda mempunyai kad grafik Nvidia, belilah monitor yang menyokong G-sync dan jika anda mempunyai kad grafik AMD, FreeSync lah pilihan anda. Kedua-duanya adalah teknologi untuk mengurangkan atau menghapuskan fenomena tearing pada monitor. Menurut sesetengah orang, G-Sync lebih baik dari FreeSync, tetapi jika benar pun, agak sukar untuk membezakan pun, jadi, tidak salah untuk menggunakan mana-mana satu teknologi pun.

Anda juga boleh memilih monitor melengkung, namun tidak digalakkan mendapatkan monitor melengkung di bawah saiz 27 inci kerana kesan lengungan itu tidak banyak dirasai di bawah saiz 27 inci.

Monitor PC
Monitor skrin rata lebih sesuai untuk pengeditan Video dan Foto

Monitor gaming Ultrawide melengkung pada harga yang berpatutan – https://invol.co/clgcxg4 , https://invol.co/clgcxmn

MOnitor Gaming pada harga berpatutan – https://invol.co/clgcxln , https://invol.co/clgcxn0

Pengeditan Video dan Foto

Untuk pengeditan foto, anda digalakkan memilih monitor dengan ketepatan warna yang tinggi. Untuk itu, panel IPS lebih digalakkan. Ukuran ketepatan warna biasanya digambarkan dengan peratusan “Colour Gamut“. Ia diukur dalam standard RGB, sRGB dan Adobe RGB. Jadi, lebih hampir nilai setiap standard kepada 100%, lebih baik kerana ia akan memberikan ketepatan warna yang lebih baik.

Perkara ini adalah penting kerana pengedit video dan foto tentunya mahukan hasil video atau foto mereka mempunyai warna yang sehampir mungkin dengan warna sebenar di dunia nyata.

Selain itu, adalah baik juga untuk mendapatkan monitor resolusi 4K jika mampu. Ia memberikan anda lebih ruang bekerja semasa mengedit video atau foto. Setidak-tidaknya montor 1440p.

Jika anda berurusan dengan video dan foto HDR, pastikan juga monitor anda menyokong format HDR, samada format HDR 10, HDR 10+ atau Dolby Vision.

Untuk tujuan pengeditan video dan foto, tidak juga digalakkan untuk memilih monitor melengkung kerana ia akan mengganggu kerja-kerja mengedit anda, terutamanya yang melibatkan ukuran yang tepat. Tetapi monitor ultrawide tiada masalah.

Monitor IPS bajet – https://invol.co/clgcxha , https://invol.co/clgcxiz

Monitor IPS dengan HDR dan 4K – https://invol.co/clgcxi0 , https://invol.co/clgcxid

Kegunaan Pejabat

Sebenarnya untuk kegunaan pejabat, mana-mana monitor pun boleh digunapakai kerana aplikasi Microsoft Office tidaklah memerlukan spesifikasi yang tinggi. Tetapi sebagai asas, kami lebih merekoman monitor jenis IPS kerana ia boleh menyokong skop kerja yang lebih luas berbanding jenis panel VA.

Monitor PC
Contoh aplikasi yang memerlukan pelbagai monitor

Jika anda ada wang yang lebih, bolehlah mempertimbangkan monitor ultrawide yang bersaiz seperti dua monitor yang diletakkan bersebelahan. Sesetengah tugasan memerlukan monitor sebegini untuk membuka banyak tetingkap dalam masa yang sama. Contohnya mereka yang telibat dalam perniagaan saham atau pemantauan CCTV.

Monitor bajet untuk pejabat – https://invol.co/clgcxl0 , https://invol.co/clgcxm9

Monitor Pejabat 4K HDR – https://invol.co/clgcxla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *