Isn. Nov 4th, 2024

Papan induk atau motherboard merupakan komponen penting dimana semua komponen-komponen lain disambungkan kepadaanya untuk menjalankan fungsi komputer. Terdapat banyak jenis motherboard di pasaran sekarang dan agak sukar untuk memilih yang mana satu yang patut anda beli. Di sini kami bincangkan beberapa tip untuk memilih motherboard desktop mengikut kegunaan anda.

Panduan Memilih Motherboard

Perkara pertama anda perlu pastikan sebelum memilih motherboard adalah kegunaan komputer anda. Adakah untuk gaming, melakukan kerja-kerja berat seperti video editing, atau sekadar untuk menjalankan kerja pejabat menggunakan perisian seperti MS Office.

Chipset AMD

Tidak kira samada AMD atau Intel, biasanya pengeluar ini mempunyai sekurang-kurangnya 3 jenis chipset untuk tahap pengguna yang berbeza. Sebagai contoh, untuk motherboard terbaharu AMD yang menggunakan soket AM5, terdapat chipset:

  • A620M yang digunakan dalam motherboard tahap permulaan/bajet
    • Hanya menyokong PCIe 4.0
    • Terdapat 32 lorong PCIe yang boleh digunakan
    • Tidak menyokong oveclocking.
    • hanya menyokong 2 USB 3.2 Gen 2×2
  • B650M untuk tahap sederhana
    • Terdapat model yang menyokong sehingga PCIe 5.0 dan ada yang menyokong hanya PCIe 4.0
    • Terdapat sehingga 36 lorong PCIe 4.0 dan 24 lorong PCIe 5.0
    • Menyokong 1 port USB 4 (20Gbps)
    • Menyokong Overclocking
  • X670E untuk golongan enthusiast (professional).
    • Terdapat model yang menyokong sehingga PCIe 5.0 dan ada yang menyokong hanya PCIe 4.0
    • Terdapat sehingga 44 lorong PCIe 4.0 dan 24lorong PCIe 5.0
    • Menyokong 2 port USB 4 (20Gbps)
    • Menyokong Overclocking

Chipset Intel

Bagi Intel pula, Untuk CPU Core generasi ke 14 keluaran mereka, terdapat 4 tahap chipset yang menggunakan soket 1700 :

  • Siri – Z790 untuk professional
    • Menyediakan lebih banyak port USB 3.2 Gen 2×2 (5 buah)
    • Menyokong Overclocking dengan adanya komponen-komponen yang lebih tahan lasak bagi menjamin kestabilan sistem semasa overclock.
    • Mempunyai lebih banyak lorong PCIe (28) membolehkan lebih banyak komponen PCIe seperti NVMe SSD dan kad grafik disambungkan kepadanya.
  • Siri – H770 untuk peringkat pertengahan
    • Mempunyai kebanyakan kelebihan Z790, namun tidak menyokong Overclocking.
    • Tidak menyokong bilangan port USB 3.2 Gen 2×2 yang banyak (2 buah)
    • Bilangan lorong PCIe yang kurang (24)
  • Siri – B760 untuk pengguna/gamer bajet atau permulaan
    • Digunakan dalam motherboard gaming bajet.
    • Bilangan lorong PCIe yang rendah (14)
    • Tidak menyokong Overcloking
    • Hanya menyokong 2 buah port USB 3.2 Gen 2×2
  • Bonus! – Siri – H610M untuk pengguna ultra bajet
    • Motherboard generasi terdahulu, tetapi menyokong socket LGA1700
    • Hanya menyokong RAM DDR4
    • PCIe 4.0 untuk slot kad grafik, tetapi PCIe 3.0 untuk slot NVMe.
    • Hanya menyokong USB 3.2 Gen 1×2 (5Gbps)

Tips mengikut jenis pengguna

Jadi, untuk memudahkan anda, kami meringkaskan tips kami seperti berikut:

  • Jika anda pengguna bajet atau hanya mahu sebuah komputer untuk membuat kerja pejabat, dapatkan motherboard H610M dan pasangkannya dengan CPU Pentium Gold G7400. Ia juga menyokong RAM DDR4 yang lebih murah.
  • Jika anda pengguna bajet tetapi lebih sukakan AMD, ada baiknya anda memilih generasi chipset terdahulu (socket AM4) A320 atau B450 dan pasangkannya dengan pemproses Ryzen 3 3200G atau Athlon 3000, kerana harga pemproses, RAM dan motherboard yang lebih murah.
  • Jika anda gamer yang bermain game hanya sekali-sekala dan tak mahu belanja banyak untuk gaming, AMD B620 atau Intel H760 sesuai untuk anda.
  • Jika anda pengguna atau gamer tahap sederhana yang boleh mahir ke tahap mampu overclock komputer, lebih baik anda menggunakan motherboard intel siri H770 atau B750 sesuai untuk anda.
  • Jika anda gamer professional, anda mungkin tidak perlu membaca tips ini kerana anda tentu tahu apa yang anda mahu. :)

Selamat mencuba!

CPU AMD – https://invl.io/cllessa
Motherboard AMD – https://invl.io/cllesst

CPU Intel – https://invl.io/cllesu4
Motherboard Intel – https://invl.io/cllestf

By iMyn

iMyn merupakan Founder kepada Cekikdarah Tech. Minat mendalam dalam komputer dan begaimana mendapat manfaat penuh dari teknologi pada bajet yang berpatutan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x