Dalam post sebelum ini, saya telah memulakan satu review penggunaan aplikasi atau platform pelaburan mikro Wahed dan Raiz Invest. Kedua-dua aplikasi ini menawarkan pelaburan patuh syariah dengan hanya menggunakan telefon pintar. Namun, saya merasakan post sebelum ini panjang dan lebih memfokuskan kepada pengujian prestasi pelaburan pada kedua-dua aplikasi.
Dalam pos ini saya ingin membuat satu perbandingan ringkas antara kedua aplikasi tesebut bagi memudahkan anda membuat perbandingan.
Kualiti | Raiz | Wahed |
Minimum pelaburan | Tiada minimum | RM100 |
Masa untuk wang pelaburan dilaburkan | 1-4 hari bekerja | 1-2 hari untuk masuk ke akaun Wahed, 1-3 hari lagi untuk dilaburkan bergantung kepada jumlah yang dilaburkan. |
Kaedah deposit wang pelaburan | Penetapan kad debit dan akaun bank. Pelaburan akan dicaj melalui kad debit. | FPX dan standing instructions untuk memindahkan wang dari akaun bank secara berkala. |
Jumlah Akaun Pelaburan | Satu | Berbilang akaun |
Kaedah pelaburan | 3 cara. One off, berkala (harian, mingguan dan bulanan) dan pembundaran perbelanjaan kad debit. | 2 cara. One off dan berkala (harian, mingguan, setiap 2 minggu, bulanan) |
Panduan pelaburan | Blog kewangan dan pelaburan Raiz disertakan dalam aplikasi dan boleh dibaca pengguna. Terdapat juga penetapan sasaran pelaburan | Soal selidik toleransi risiko pelaburan digunakan untuk mengenalpasti portfolio pelaburan pengguna. Terdapat juga penetapan sasaran pelaburan. |
Instrumen pelaburan | Dana amanah pelaburan milik PNB | Ekuiti/stok Malaysia dan USA , emas dan bond/sukuk. |
Tukar portfolio akaun | Boleh menukar portfolio akaun pada bila-bila masa. | Boleh menukar portfolio akaun pada bila-bila masa. |
Paparan Antaramuka | Jumlah pelaburan, jumlah untung/rugi, graf nilai pelaburan, dana dilaburkan, portfolio risiko yang diambil | Jumlah pelaburan, jumlah untung/rugi, graf nilai pelaburan, instrumen pelaburan yang dilaburkan, portfolio risiko yang diambil. |
Kesimpulan Ringkas
Kesimpulan ringkas yang saya boleh buat mengenai kedua aplikasi ini ialah:
Raiz
- Pro: Lebih mesra pengguna baru. Dengan pelaburan permulaan yang rendah, kaedah pelaburan yang lebih banyak, terutamanya kaedah pembundaran penggunaan kad debit, aplikasi ini lebih menggalakkan pelabur baru melabur tanpa menyedari mereka melabur.
- Pro: item (1) juga merendahkan lagi risiko pelaburan mengikut “Laws of Average“.
- Pro: Ia tidak membebankan pelabur dengan perincian seperti instrumen apa yang dilaburkan.
- Pro: Walaupun agak leceh pada mulanya untuk menetapkan akaun bank dan kad debit, tetapi selepas penetapan, pelaburan baharu sangat mudah dibuat menggunakan kad debit tanpa melalui FPX setiap kali ingin membuat pelaburan.
- Cons: Ia tidak membuat soal selidik tahap toleransi pelaburan kepada pengguna yang boleh membantu mereka membuat pilihan portfolio pelaburan conservative, moderate atau aggressive.
Wahed
- Pro: lebih menonjol kepada golongan yang lebih berpengalaman dalam pelaburan unit amanah di mana ia melabur juga di dalam equiti di USA, emas dan sukuk. Namun pengguna tidak boleh menentukan sendiri instrumen tersebut
- Pro: terdapat soal selidik tahap toleransi risiko pelabur dan mempunyai lebih tahap risiko pelaburan yang lebih terperinci. Jika Raiz hanya mempunyai 3 (Conservative, Moderate dan Agressive) Wahed juga mempunyai portfolio perantara seperti Moderately Agressive sebagai contoh.
- Cons: bagi pengguna baru, mungkin akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri.
- Cons: Setiap kali ingin memasukkan pelaburan wang baharu, perlu melalui FPX (jika tidak menggunakan standing instructions)
- Cons: penambahan pelaburan minimum RM100
Jadi, jika anda baru kepada pelaburan unit amanah, saya rekomen anda menggunakan Raiz, manakala jika anda pernah melabur dalam unit amanah sebelum ini, Wahed memberikan anda lebih banyak pilihan dalam pelaburan anda. Harus diketahui juga, kedua-dua aplikasi ini tidak mempunyai caj untuk kemasukan wang pelaburan baharu seperti unit amanah konvensional, tetapi semasa pengeluaran pelaburan, jumlah yang akan dikeluarkan biasanya tidak 100% sama dengan baki terakhir pelaburan.
Jika anda ingin menambah pelaburan, Wahed mempunyai penambahan minima RM100, manakala Raiz mempunyai penambahan pelaburan minimum hanya RM5. Jadi itu juga harus diambil kira.
Diharap post ini dapat membantu dalam pelaburan anda di masa akan datang.