Aha. Jul 21st, 2024

Sesetengah orang memandang ringan pemilihan PSU atau Power Supply Unit dalam proses membina sebuah komputer sendiri. Anda boleh terlepas jika hanya membina PC low spec. Tetapi dalam penggunaan beban tinggi seperti gaming dan video editing, PSU memberi perbezaan yang besar.

Terdapat terdapat dua kategori PSU di pasaran, pertama adalah PSU tidak diiktiraf 80 Plus dan kedua, PSU yang diiktiraf 80 Plus.

Pengiktirafan 80 Plus

Jika anda perasan, ketika membelek Power Supply Unit di kedai komputer, sesetengah darinya mempunyai logo 80 Plus padanya.

Power Supply Unit

80 Plus merupakan satu program sertifikasi sukarela yang dimulakan pada 2004 untuk mempromosi penggunaan PSU yang efisyen pada komputer. Untuk melepasi sertifikasi ini, sesebuah produk PSU perlu diuji 80% efisyen pada tahap beban 20%, 50% dan 100%.

Ini bermakna, jika anda mempunyai PSU 500 Watt yang diiktiraf, Ia dijamin akan boleh menyalurkan kuasa sekurang-kurangnya 400 Watt pada ketiga-tiga tahap beban. Biasanya carta bebanan ini ada tertulis pada kotak produk.

Terdapat 6 tahap pengiktirafan digambarkan dalam jadual di bawah. Setiap tahap pengiktirafan meletakkan tahap efisyensi yang tertentu dan sudah tentu PSU yang mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi berharga lebih mahal.

Power Supply Unit
Sumber: Wikipedia

Pilih PSU Diiktiraf 80 Plus atau Tidak?

PSU tidak diiktiraf biasanya terdiri dari PSU OEM yang jauh lebih murah bagi kapasitinya. Sebagai contoh, sebuah PSU tidak diktiraf berkapasiti 500 watt biasa boleh diperolehi pada harga sekitar RM50. Bagi model yang telah diiktiraf, ia boleh diperolehi pada harga sekurang-kurangnya RM100 ke atas.

Walaubagaimanapun, walaupun ia tidak diktiraf 80 Plus, tidak semestinya ia tidak langsung boleh digunakan. Ia boleh digunakan dalam PC asas yang hanya digunakan untuk membuat kerja-kerja pejabat, melayari internet dan menonton video.

Mengikut pengalaman kami, jika PSU jenis ini digunakan untuk gaming, sebagai contoh, apa yang mungkin berlaku dari masa ke semasa ialah komputer akan tersangkut (hang) apabila bermain permainan video yang memerlukan kuasa GPU yang tinggi.

Ini kerana dalam situasi bebanan yang berat, GPU akan menarik kuasa maksima. PSU yang tidak diiktiraf pula tidak dapat menjamin pengaliran kuasa seperti yang tertera pada kotak.

Pengiktirafan 80 Plus menjamin sesebuah PSU yang diiktiraf, boleh menyalurkan kuasa sekurang-kurangnya 80% daripada kapasiti yang tertera pada kotak. Dengan kata lain, ia diiktiraf 80% efisyen.

Persoalan samada anda perlu mendapatkan PSU 80 Plus atau tidak, secara asasnya, jika ada mempunyai bajet yang secukupnya, dapatkan PSU 80 Plus. Jika anda mempunyai bajet yang ketat, tip asas ialah PSU tidak diiktiraf boleh digunakan pada komputer untuk tugasan asas sahaja dan komputer tersebut tidak dipasang GPU yang menggunakan pin tambahan. Jika digunakan lebih dari melakukan tugasan asas seperti gaming, adalah lebih baik mendapatkan PSU 80 Plus.

Menentukan Kapasiti PSU yang Perlu Diperolehi

Untuk menentukan kapasiti PSU yang perlu anda perolehi, anda perlu mengira jumlah tenaga yang digunakan oleh komponen-komponen PC yang anda gunakan dalam komputer anda. Anda boleh menggunakan PSU Calculator untuk membantu anda.

Anda hanya perlu memasukkan komponen-komponen ke dalam laman web tersebut dan klik “Calculate” untuk mendapatkan anggaran kapasiti PSU yang diperlukan. Dapatkanlah sebuah PSU yang sekurang-kurangnya sekitar 20% lebih tinggi dari nilai tersebut. Ambil kira juga naiktaraf yang mungkin anda akan buat pada masa hadapan yang mungkin akan memerlukan PSU yang lebih tinggi.

Selamat Mencuba!

PSU Modular membolehkan anda hanya menggunakan kabel yang perlu sahaja, kurang semak – https://invl.io/clldhn2

By iMyn

iMyn merupakan Founder kepada Cekikdarah Tech. Minat mendalam dalam komputer dan begaimana mendapat manfaat penuh dari teknologi pada bajet yang berpatutan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *