Skip to content

Wahed vs Raiz – Status Terkini & Kesimpulan

Sebelum ini saya telah menjalankan satu experimen perbandingan antara aplikasi mikro pelaburan Wahed dengan satu lagi aplikasi bernama Raiz. Saya meletakkan dalam kedua-dua akaun masing-masing RM1000 dan melihat prestasi kedua aplikasi tersebut.

Hari ini saya ingin mengemaskini status terkini prestasi aplikasi-aplikasi tersebut dan setrusnya mengulas mengenai pengalaman menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut, memandangkan saya telahpun menamatkan eksperimen dan mengeluarkan semua wang pelaburan dari akaun-akaun tersebut.

Jika anda ingat saya telah membuka 3 akaun, iaitu satu akaun Raiz moderate, satu akaun Wahed Moderate, dan satu lagi akaun Wahed aggressive.

Sebelum itu, saya baru teringat saya belum menerangkan tujuan pelaburan saya, selain membuat eksperimen/road test kedua aplikasi ini. Sebenarnya tujuan saya melabur adalah untuk meletakkan wang simpanan saya dalam satu instrumen kewangan supaya ia tidak hanya duduk melahu dan tidak berkembang, sementara saya mengumpul secukup wang untuk membeli satu peralatan yang saya perlukan dalam jangka masa terdekat.

Sejujurnya unit amanah bukanlah instrumen paling optimum untuk pelaburan jangka pendek. Cara pelaburan unit amanah ialah menyimpan dalam jangka masa panjang dan mengambil untung dari kenaikan nilai saham dan penerimaan dividen tahunan.

Saya memulakan eksperimen ini dengan anggapan dengan banyak negara mula memberikan vaksin kepada penduduk negara mereka, nilai saham-saham akan meningkat. Saya pun tidak menjangkakan akan mendapat dividen memandangkan saya melabur jangka pendek. Sungguhpun demikian, hasil pemerhatian dalam eksperimen ini agak menarik dan tidak dijangkakan.

Akaun Wahed Agressif

Secara umumnya, seperti dijangka akaun aggressive menunjukkan trend turn naik, tapi secara keseluruhannya ia banyak menurun dan tidak pernah berada dalam posisi untung. Akhirnya, saya menarik pelaburan. Menariknya, jumlah yang masuk dalam akaun bank saya sama dengan nilai terakhir unit amanah, iaitu RM369.05. Jika melabur menggunakan unit amanah biasa, terdapat caj perkhidmatan kadang-kala sehingga 5%.

Akaun Wahed Moderate

Seperti dengan akaun agressive, akaun moderate juga menunjukkan trend menurun yang berterusan sepanjang jangkamasa pelaburan. Malah tidak ada satu ketika pun harga pelaburan berada dalam posisi untung.

Saya menambah pelaburan sebanyak RM250 dengan niat untuk memanfaatkan nilai unit yang rendah (penambahan pelaburan yang sama dilakukan dalam akaun Raiz), namun setelah menambah pelaburan, nilai pelaburan terus menurun.

Memandangkan sudah tiba masanya untuk saya membeli peralatan yang saya inginkan, saya mengambil keputusan untuk menamatkan eksperimen dan menarik semua pelaburan dalam Wahed dan Raiz pada awal bulan April.

Pada penghujungnya, untuk akaun Wahed moderate ini, saya kerugian RM64.72.

Akaun Raiz Moderate

Akaun Raiz moderate juga menunjukkan trend turun naik, namun kebanyakan masanya ia berada di posisi untung. jika nilainnya turun pun, ia tidak lah banyak. Menariknya PNB mengira agihan dividennya pada penghujung Mac dan saya mendapat dividen sebanyak RM40.73.

Namun dividen itu didahului dengan satu penurunan mendadak nilai unit amanah, menyebabkan saya tidaklah merasa sepenuhnya penerimaan dividen tersebut sebelum mengeluarkan semua pelaburan saya. Nilai terakhir pelaburan saya adalah RM 1265.77 iaitu keuntungan sebanyak RM14.77.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dari pemerhatian selama 2 bulan saya mendapati akaun Raiz menunjukkan kestabilan yang lebih tinggi berbanding akaun moderate Wahed. Mungkin ini secara tidak langsung menunjukkan dalam jangka masa pendek, pasaran Malaysia lebih stabil dari US? Apa pun, bagi use case saya yang melabur dalam jangka masa pendek, Raiz lebih stabil dan lebih bermanfaat untuk saya.

Namun ini cuma pemerhatian jangka pendek, ia tidak memberi gambaran prestasi kedua-dua aplikasi ini dalam jangka masa panjang. Tetapi sebagai kesimpulan, bagi pelaburan jangka pendek, Raiz dilihat lebih selamat berbanding Wahed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *