Seperti dalam artikel sebelum ini, kami menyatakan bahawa HDD semakin kurang digemari kecuali untuk kegunaan penyimpanan data yang tidak diakses secara kerap. Namun tidak mahu kalah, Wester Digital telah melancarakan sebuah HDD 20TB yang mempunyai prestasi seakan SSD SATA.
Seperti dibincangkan dahulu, HDD kurang digemari kerana kelajuan pindahan data yang rendah, dikira dalam unit IOPS (Input/Output Operations Per Second). Tetapi HDD terbaru dari Western Digital, Ultrastar DC HS760 20TB menggunakan dua kepala pembaca/penulis untuk mencapai kelajuan pindahan data sehingga 582MB/s. Ini menyamai kelajuan pindahan data SSD SATA.
HDD ini disasarkan kepada penggunaan di pusat data dan apa yang unik mengenai operasi pusat data ialah ia memerlukan jumlah storan yang besar dan juga kadar pindahan data yang pantas.
SSD biasanya menawarkan kadar pindahan data pantas, tetapi jumlah storan yang besar akan memakan kos yang tinggi. Tambahan SSD mempunyai jangkahayat yang lebih rendah berbanding HDD.
HDD biasa pula mempunyai kapasiti storan tinggi pada harga rendah, namun ia mempunyai kadar pindahan data yang rendah menyebabkan bottleneck pada operasi server.
Walaubagaimanapun Western Digital belum mendedahkan harga peranti tersebut, namun ia dijangka lebih mahal berbanding HDD biasa. Namun jika harga per GBnya lebih rendah berbanding SSD, kehadiran HDD Ultrastar DC HS760 20TB sekaligus akan mengisi ruang kosong di antara HDD dan SSD serta memanfaatkan pengendali pusat data dari segi kos dan prestasi.
Ultrastar HS760 belum memasuki pasaran Malaysia, namun anda boleh membeli HDD generasi sebelumnya, Ultrastar DC HC550 – https://invol.co/clgcxb2