Rab. Okt 9th, 2024
Modul RAM 8GB DDR3 SO-DIMM dari Kingston Technology

RAM atau Random Access Memory merupakan komponen dalam komputer anda yang menyimpan data sebelum ia diproses oleh pemproses. Umum mengetahui jika anda mempunyai RAM yang tidak cukup, kelancaran kerja yang anda lakukan akan terganggu. Jika anda mempunyai terlalu banyak RAM pula, ia membazirkan wang anda. Jadi, bagaimanakah anda memilih jumlah dan jenis RAM yang sesuai dengan keperluan anda.

DIMM RAM
Modul RAM DIMM

Jenis RAM

Artikel ini akan menumpukan kepada RAM yang disasarkan kepada konsumer biasa, bukan untuk server syarikat atau pusat data di mana RAM ECC (Error Correction Code).

Bagi konsumer biasa, terdapat dua bentuk modul RAM yang perlu diketahui iaitu DIMM (Dual Inline Memory Module) yang digunakan dalam desktop PC dan SODIMM (Small Outline Dual Inline Memory Module) yang digunakan dalam laptop dan sesetengah PC mini. Ia mudah dikenali dengan perbezaan ukuran panjang modul-modul berkenaan di mana DIMM hampir dua kali lebih panjang berbanding SODIMM.

RAM
Perbezaan antara DIMM dan SODIMM

Seterusnya, perlu juga anda ketahui generasi RAM. Terdapat RAM DDR, DDR2, DDR3, DDR4 dan terbaharu DDR5 berada di pasaran utama dan terpakai. DDR bermaksud “Double Data Rate“. Setiap generasi RAM ini selalunya hanya boleh digunakan pada motherboard yang menyokong RAM tersebut dan setiap motherboard hanya boleh menyokong satu generasi RAM sahaja. Sebagai contoh, RAM DDR2 tidak boleh digunakan pada motherboard yang hanya menyokong RAM DDR3.

Generasi RAM juga hanya disokong oleh generasi pemproses tertentu sahaja. Sebagai contoh pemproses Intel Core generasi ke 2 hingga ke 6 hanya menyokong RAM DDR3 dan DDR3L (Low Voltage). Generasi pemproses Intel selepas itu pula menyokong RAM DDR4.

Kemudian anda perlu mengamambil kira juga frekuensi RAM anda. Setiap generasi RAM mempunyai beberapa set frekuensi berbeza diukur dalam unit MHz atau GHz, contohnya DDR4 2400Mhz, DDR4 3200Mhz dan sebagainya. Secara asasnya frequensi lebih tinggi memberikan prestasi yang lebih baik dengan syarat motherboard menyokong frekuensi RAM tersebut.

RAM
Modul RAM 8GB DDR3 SO-DIMM dari Kingston Technology

Dual Channel

RAM DDR moden berupaya beroperasi dalam mod Dual Channel. Mod ini memastikan RAM beroperasi dengan lebih pantas berbanding mod Single Channel. Untuk itu anda perlu dua keping modul RAM.

Bagi memastikan mod Dual Channel berfungsi, dua keping RAM dengan frekuensi dan kapasiti yang sama perlu dipasangkan pada motherboard. Jika motherboard anda mempunyai hanya dua slot, ia mudah, cuma pasangkan kedua-dua keping RAM pada slotnya. Jika motherboard anda mempunyai 4 slot, modul RAM perlu dipasangkan selang satu slot, contohnya pada slot 1 dan 3 atau slot 2 dan 4. Anda boleh mencampurkan RAM yang berlainan frekuensi, namun operasi akan mengikut frekuensi RAM yang lebih rendah.

DIMM RAM
Pasangkan RAM dengan kapasiti dan frekuensi sama pada slot yang sama warnanya

Perlu diketahui juga, terdapat sesetengah laptop yang hanya mempunyai satu slot RAM. Ini bermakna ia hanya boleh beroperasi dalam mod single channel. Terdapat juga laptop yang mempunyai RAM terpatri pada motherboard dan disertakan satu slot RAM SODIMM. Jika ini kesnya, anda perlu memasang satu lagi modul SODIMM yang menyamai kapasiti dan frekuensi RAM yang terpatri itu.

Perlu diingat juga, kapasiti RAM berbeza akan menyebabkan mod Dual Channel tidak dapat dijalankan, sebaliknya operasi akan berfungsi pada mod single channel.

DIMM RAM
Sesetengah laptop mempunyai dua slot RAM DDR 4 SO-DIMM seperti di atas

Berapa banyak RAM anda perlu

Setelah itu, barulah kita boleh beralih kepada persoalan berapa RAM yang anda perlu. Untuk persoalan itu, ia bergantung kepada persoalan anda menggunakan komputer tersebut untuk apa?

Kerja Produktiviti

Untuk kerja produktiviti seperti melakukan kerja pejabat dengan Microsoft Office, melayari internet, menonton video dan muzik, dan sebagainya, tidak banyak RAM yang diperlukan. Walaupun anda hanya menggunapakai pemproses paling asas seperti Intel Pentium atau Celeron generasi terbaharu dan mengambil kira keperluan minum RAM untuk Windows 10 dan Windows 11, 4GB sudah cukup untuk komputer anda.

Namun untuk lebih kelancaran, kami rekomen dua keping RAM 4GB dan gunakan juga SSD.

Bermain Permainan Video

Untuk bermain permainan video, biasanya kapasiti RAM yang disyorkan adalah 16GB dengan menggunakan dua keping modul RAM 8GB supaya ia berfungsi dalam mod dual channel. Jumlah 8GB juga boleh digunakan, namun ia berada di sempadan jumlah RAM minima dan mungkin akan menyebabkan sedikit ketidaklancaran.

Jika anda menggunakan komputer dengan GPU (Graphics Processing Unit) yang terintegrasi, harus diingat, sebahagian RAM (maksimum 4GB, biasanya) akan digunakan oleh GPU untuk beroperasi. Untuk itu anda perlu RAM yang lebih banyak. 16GB untuk keselamatan.

Walaubagaimanapun, prestasi kebanyakan permainan-permainan video moden lebih bergantung kepada kekuatan GPU dan jumlah cache pada pemproses. Selagi anda mempunyai jumlah RAM yang mencukupi, anda tentu boleh bermain dengan lancar.

Edit Video dan Foto

Untuk mengedit video dan foto kami mengesyorkan sekurang-kurangnya 16GB RAM dan jika kerjaya anda memerlukan anda mengedit banyak foto sekaligus, anda boleh menambah lebih banyak lagi RAM. Sungguhpun demikian, CPU juga penting dalam mengedit dengan lancar, tetapi untuk rekod, admin pernah mengedit foto dan video dengan laptop dengan CPU Pentium dengan 8GB RAM sahaja. Sedikit jenuh, tetapi masih boleh mengedit.

Berikut beberapa link untuk anda mendapatkan RAM

By iMyn

iMyn merupakan Founder kepada Cekikdarah Tech. Minat mendalam dalam komputer dan begaimana mendapat manfaat penuh dari teknologi pada bajet yang berpatutan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x